Toyota Gazzo Racing

Musim ke-4, Pusingan ke Kedua

Pusingan kedua Festival Toyota Gazoo Racing pada 23-24 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang terpaksa berlangsung tanpa kehadiran penonton seperti musim-musim lepas kerana faktor pandemik yang melanda dunia pada hari ini. Walaupun kerajaan membenarkan kehadiran penonton pada had kapasiti minimum namun pihak penganjur cuba tidak mengambil risiko. Apa yang menariknya pihak penganjur mengambil rasa penuh tanggungjawab dengan menyediakan ujian saringan RTK secara percuma bagi setiap individu yang terlibat dalam perlumbaan kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran penonton, perlumbaan Festival TGR boleh ditonton secara atas talian di sosial media.Kami sempat menyaksikan perlumbaan secara langsung dari litar pada 24 Oktober (Ahad), yang mana perlumbaan pertama bagi kategori Super Sporting yang di barisi pelumba profesional seperti Tengku Djan Ley, Mark Darwin, Syafiq Ali, Faidzil Alang dan lain-lain berlangsung di dalam cuaca hujan lebat. Beberapa insiden memaksa para pelumba bergelut untuk mendapatkan posisi terbaik. Akibat hujan yang sangat lebat juga, perlumbaan terpaksa dihentikan seketika. Bagi kelas Sporting dan Promotional(Selebriti) berlangsung semula dalam cuaca yang cukup baik. Bagi kategori Promotional yang dibarisi artis-artis ternama Malaysia seperti Nabil Ahmad, Zizan Razak, Syukri Yahya, Wani Hasrita, Janna Nik dan ramai lagi. Syukri Yahya mendominasi perlumbaan dengan meninggalkan pelumba lain walaupun diekori rapat oleh Nabil dan juga Zizan.

Harap dgn peralihan fasa ke endemik nanti akan membenarkan penonton kembali memeriahkan Festival Toyota Gazoo Racing seperti sebelumnya. Seperti yang kita tahu TGR merupakan siri perlumbaan mesra rakyat yang mana penonton boleh melihat dengan lebih dekat jentera perlumbaan serta beramah mesra dengan pelumba selebriti mereka.